Jenayah & Mahkamah

Enam termasuk tiga deejay dipanggil beri keterangan hari ini – KPN

KUALA LUMPUR – Seramai enam kakitangan sebuah stesen radio kendalian Astro dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi dirakam percakapan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, enam individu terbabit dijadualkan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 11 pagi ini.

“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan isu terbabit,” katanya, hari ini, lapor BH Online.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, enam kakitangan yang dipanggil itu termasuk tiga penyampai radio stesen terbabit.

Laporan media semalam menyebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung rakaman video yang didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.

Terdahulu, penyampai radio slot 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin sudah tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi dilihat mempersendakan tarian kavadi Hindu.

Video berkenaan yang sudah diturunkan dalam platform media sosial stesen terbabit memaparkan seorang daripada mereka meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa rakan lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button