
Empat negeri capai sifar miskin tegar akhir 2024
PUTRAJAYA – Empat negeri, iaitu Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis berjaya mencapai kadar sifar miskin tegar, setakat 31 Disember lalu.
Kejayaan ini diumumkan Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, hari ini.
“Alhamdulillah, Perdana Menteri memaklumkan bahawa sehingga 31 Disember tahun lalu, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis berjaya mencapai sifar miskin tegar, dan Insya Allah kejayaan ini akan diperluas ke negeri-negeri lain,” katanya dalam taklimat berkenaan, pagi tadi.
Terdahulu, Tengku Nashrul berkata, agenda menoktahkan miskin tegar akan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri ketika kunjungannya ke negeri-negeri bermula minggu depan.
“PM akan turun ke negeri-negeri bermula minggu depan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI dan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama Kerajaan Negeri serta agensi.
“PM (juga) telah menetapkan bahawa agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal sebagai keutamaan tertinggi beliau dalam perbincangan bersama pimpinan Kerajaan Negeri dan agensi,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam taklimat sama, Tengku Nashrul berkata, Anwar bakal meluncurkan kerjasama strategik dengan sebuah syarikat pereka seni bina cip terbesar di dunia yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dan bakal mengubah landskap kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor negara.
Tambahnya, kolaborasi tersebut merupakan inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Ekonomi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |