
AS bimbang penghantaran cip TSMC ke Huawei
WASHINGTON – Jeffrey Kessler, calon pilihan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi jawatan dasar eksport negara, menyuarakan kebimbangan terhadap laporan penghantaran cip secara haram kepada syarikat teknologi China, Huawei.
Dalam sesi pendengaran pencalonannya di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat, Kessler ditanya mengenai dakwaan bahawa Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menghasilkan ratusan ribu cip yang akhirnya ‘sampai’ ke tangan Huawei.
“Ini adalah satu kebimbangan besar. Kita perlu memastikan penguatkuasaan yang ketat,” kata Kessler memetik laporan berita Rueters.
Beliau menegaskan bahawa Biro Industri dan Keselamatan di Jabatan Perdagangan, yang bakal diketuainya akan menggunakan sepenuhnya kuasa penguatkuasaan dan hukuman yang tersedia.
Persaingan teknologi antara Amerika Syarikat dan China kini semakin sengit terutama dalam kecerdasan buatan (AI) yang memainkan peranan penting dalam pasaran ketenteraan.
Walaupun AS dikatakan mendahului dalam pembangunan AI dan reka bentuk cip, keupayaan sebenar China masih belum didedahkan.
Huawei, syarikat yang pendokong utama teknologi AI China telah disenarai hitam oleh Jabatan Perdagangan AS sekaligus dilarang daripada menerima barangan dan teknologi AS, termasuk cip daripada syarikat seperti TSMC.
Pada Oktober lalu, firma penyelidikan teknologi Kanada, TechInsights, membedah pemproses AI 910B milik Huawei dan menemui cip TSMC di dalamnya.
Cip tersebut dianggap antara pemecut AI paling maju yang dihasilkan secara besar-besaran oleh syarikat China.
Susulan itu, TSMC menggantung penghantaran kepada syarikat cip China, Sophgo, yang cipnya menyerupai cip Huawei 910B.
Pada November, Jabatan Perdagangan AS mengarahkan TSMC menghentikan penghantaran cip kepada pelanggan-pelanggannya di China.
Dalam tempoh yang sama, terdapat laporan bahawa Sophgo telah memesan ratusan ribu cip.
TSMC setakat ini belum memberikan sebarang komen mengenai isu ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, jurucakap syarikat itu menegaskan bahawa mereka mematuhi undang-undang dan tidak membekalkan cip kepada Huawei sejak pertengahan September 2020.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |