Jenayah & Mahkamah

Wartawan disyaki minta rasuah dibebaskan hari ini

PUTRAJAYA – Wartawan portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas kerana disyaki meminta rasuah, dibebaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, lelaki itu dibebaskan selepas tempoh remannya tamat, hari ini.

“Dia dibebaskan dengan jaminan SPRM dan siasatan masih diteruskan,” katanya kepada BERNAMA, hari ini.

Azam Baki turut berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain bagi membantu melengkapkan siasatan.

Laporan media sebelum ini menyebut Azam Baki sebagai berkata, penahanan wartawan lelaki itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya, serta disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Wartawan tersebut disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan menurunkan artikel yang dimuat naik, serta tidak menulis lagi tentang sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button