
Trump hentikan semua bantuan ketenteraan kepada Ukraine
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan semua bantuan ketenteraan kepada Ukraine akan dihentikan serta-merta, sekali gus mengubah pendirian Washington dalam konflik antara Ukraine dan Rusia.
Trump berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu AS memperoleh semula dana yang telah disalurkan kepada Ukraine sejak tiga tahun lalu, termasuk melalui satu perjanjian mineral yang sedang dirunding.
“Saya tidak fikir perjanjian itu telah mati. Ia satu perjanjian yang hebat untuk kita,” katanya ketika ditanya mengenai status perjanjian tersebut di White House, semalam.
Beliau turut berkata, perkembangan lanjut mengenai keputusan itu akan diumumkan dalam ucapannya kepada sesi bersama Kongres hari ini.
Keputusan tersebut dijangka menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sekutu AS di Eropah yang selama ini bergantung kepada bantuan Washington dalam mempertahankan Ukraine daripada serangan Rusia.
Setakat ini, Ukraine telah menerima puluhan bilion dolar dalam bentuk bantuan kewangan dan ketenteraan sejak pencerobohan Rusia tiga tahun lalu.
Namun, tindakan Trump ini boleh mengubah dinamik peperangan serta hubungan diplomatik antara AS dan sekutunya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |