Luar Negara

Pesawat tempur ringan Filipina hilang ketika misi taktikal

MANILA – Sebuah pesawat tempur ringan jenis FA-50PH milik Tentera Udara Filipina (PAF) dilaporkan hilang ketika melaksanakan misi taktikal, awal pagi tadi.

Jurucakap PAF, Kolonel Consuelo Castillo berkata, kehilangan pesawat itu disedari apabila pesawat terputus hubungan dengan kumpulannya sebelumbtiba di ‘lokasi sasaran’.

“Cubaan seterusnya menghubungi pesawat tersebut tetap gagal, menyebabkan kumpulan tersebut kemudian berpatah balik ke pangkalan udara di Mactan,” kata Castillo dalam satu sidang akhbar khas, sebentar tadi.

Beliau menambah, operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan kerana ‘sensitiviti operasi’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button