Berita SemasaDalam Negeri

Kor Ming bersahur bersama anggota bomba

KUALA LUMPUR – Nga Kor Ming mencatat sejarah tersendiri sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pertama yang menyertai Program Singgah Sahur bersama anggota bomba sempena bulan Ramadan.

Beliau berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, awal pagi tadi bagi menyantuni seramai 108 anggota bomba yang bertugas di balai tersebut.

Sebahagian anggota bomba di BBP Jalan Hang Tuah bergambar dengan Kor Ming pada majlis berkenaan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad.

Menurut Kor Ming, program itu merupakan tanda penghargaan dan solidariti Kerajaan Madani kepada pasukan Wira Merah yang sentiasa bersiap sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, tanpa mengira waktu.

“Kehadiran saya di sini sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota bomba, termasuk pasukan bomba sukarela yang komited menjalankan tugas sepanjang masa, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri nanti,” katanya.

Dalam sesi lawatan tersebut, Kor Ming turut menekankan kepentingan sokongan kerajaan dalam memperkukuhkan keupayaan JBPM.

Katanya, usaha itu merangkumi penyediaan kelengkapan moden, latihan berkualiti serta menjaga kebajikan anggota bomba bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Kor Ming menyenduk lauk kari kambing untuk juadah sahur anggota bomba di balai tersebut.

Selain itu, beliau juga meluangkan masa beramah mesra dengan anggota bomba di BBP Jalan Hang Tuah dan ikut membantu menyediakan juadah sahur seperti memasak telur dadar, kari kambing, roti Arab dan membancuh teh tarik sebelum turut bersahur bersama mereka.

Kehadiran Kor Ming memberikan suntikan semangat kepada anggota bomba yang komited menjalankan tugas menyelamat dan membantu masyarakat, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Program Singgah Sahur itu bukan sahaja menjadi platform untuk mendekati anggota bomba, malah turut mengeratkan hubungan antara kepimpinan KPKT, JBPM dan pasukan penyelamat barisan hadapan yang berperanan besar dalam menangani kecemasan serta bencana di seluruh negara.

KPKT dan JBPM bertekad untuk terus memastikan kebajikan serta kesejahteraan anggota bomba dipelihara, selaras dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button