Luar NegaraSukan

Amorim angan-angan? Rooney sindir impian besar Manchester United

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, bertegas bahawa kelab itu mampu kembali sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, meskipun legenda kelab, Wayne Rooney, menyifatkan kenyataannya sebagai “naif” dan menasihatinya agar lebih realistik.

Kekalahan memalukan United kepada Fulham dalam Piala FA Ahad lalu terus menambah tekanan ke atas Amorim.

Beraksi di Old Trafford, United tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas perlawanan berakhir 1-1 dalam masa tambahan.

Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee menjadi punca utama kekalahan apabila gagal menyempurnakan sepakan mereka.

Kini, United hanya tinggal saingan Liga Europa untuk diburu, sementara kedudukan mereka dalam Liga Perdana terus merudum dengan berada di tangga ke-14, ketinggalan 34 mata daripada pendahulu Liverpool.

Mengulas mengenai kenyataan Amorim yang tetap optimis mahu menjadikan United pencabar kejuaraan, Rooney berkata, fokus utama pengendali Portugal itu sepatutnya adalah memperbaiki kedudukan semasa pasukan terlebih dahulu.

“Saya fikir dia akan diberi masa, tetapi ini bukan peluang percuma. Dia sendiri pasti mengharapkan lebih daripada Manchester United,”

“Tetapi untuk bercakap tentang kejuaraan sekarang? Itu angan-angan. United jauh daripada tahap itu,”katanya kepada BBC.

Rooney turut mengingatkan Amorim bahawa pengurus dalam bola sepak moden tidak diberi masa yang panjang untuk membuktikan keupayaan mereka.

Bagaimanapun, Amorim enggan berganjak daripada visinya dan menolak dakwaan bahawa dia terlalu berkhayal dalam menilai kemampuan pasukannya.

“Saya tidak naif. Saya tahu di mana kami berada, tetapi saya juga tahu ke mana kami boleh pergi,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, laporan turut mendakwa pemilik kelab, Sir Jim Ratcliffe, sudah mula mempertimbangkan untuk menggantikan Amorim dengan pengurus Aston Villa, Unai Emery.

Namun, buat masa ini, Amorim masih diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya membawa United kembali ke landasan kemenangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button