
Wechat, TikTok dan Telegram sudah dilesenkan – Nie Ching
KUALA LUMPUR – Tiga syarikat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan perkhidmatan media sosial telah dilesenkan setakat 25 Februari lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, syarikat terbabit adalah WeChat International Pte Ltd (WeChat) dan TikTok Pte Ltd (TikTok) masing-masing pada 1 Januari 2025., diikuti Telegram Messenger Incorporated (Telegram) pada 2 Januari 2025.
“Bagi status permohonan lesen ASP (C) oleh Meta (yang mengoperasikan platform Facebook, Instagram dan WhatsApp), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan Notis Menteri pada 28 Januari 2025.
“Notis dikeluarkan menurut Peraturan 23(2) di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000 bagi membenarkan penyedia perkhidmatan berkaitan iaitu Meta Services, LLC dan Whatsapp Services, LLC untuk berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C)
“Penyedia perkhidmatan tersebut kini di dalam proses menyediakan dokumen yang perlu bagi tujuan pendaftaran tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Sementara itu, bagi platform X dan Google (YouTube), Nie Ching berkata, MCMC sedang menjalankan penelitian lebih mendalam bagi pengeluaran lesen berkenaan.
Ini adalah bagi memastikan segala isu berkenaan penguatkuasaan kerangka pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu dapat diselesaikan untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |