
Taklimat Harian PMO tidak bertindih dengan peranan jurucakap Kerajaan
PUTRAJAYA – Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) sama sekali tidak bertindih dengan peranan jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan, tetapi menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi Kerajaan.
“Taklimat Harian PMO memberi tumpuan kepada perkembangan harian dan gerak kerja Perdana Menteri, penjelasan beliau mengenai isu-isu semasa yang mendesak, serta arahan-arahankepada kementerian dan agensi untuk memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan tersusun dan berkesan.
“(Manakala) Peranan jurucakap Kerajaan MADANI pula bertanggungjawab menjelaskan isu dan persoalan yang membabitkan dasar-dasar Kerajaan, serta keputusan-keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri,” kata Tengku Nashrul, hari ini.
Jelasnya lagi, dengan strategi komunikasi yang lebih menyeluruh, Kerajaan akan dapat memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat, di samping mencantas fitnah dan maklumat palsu dengan pantas dan berkesan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |