Berita SemasaDalam Negeri

Surau An-Nur MCMC kini jadi surau Jumaat

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memberikan kebenaran mengadakan solat Jumaat di Surau An-Nur yang terletak di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bermula 21 Februari lalu.

Dalam satu hantaran di laman Facebook kelmarin, MCMC telah memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan ibadah tersebut dilakukan baru-baru ini.

Kebenaran itu memberi kemudahan dan keselesaan buat para kakitangan MCMC dan jemaah di sekitarnya.

Kebenaran JAIS itu memberikan kemudahan dan ruang ibadah yang lebih selesa kepada kakitangan MCMC serta jemaah di sekitarnya.

“Pada 28 Februari lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah hadir ke program Ihya’ Ramadan yang berlangsung di Surau An-Nur MCMC.

“Program ini bukan sahaja sebagai persiapan untuk menyambut bulan Ramadan, tetapi juga mengukuhkan nilai kebersamaan dan penghayatan ibadah dalam kalangan warga MCMC dan warga sekitarnya,” menurut kenyataan tersebut.

Fahmi turut diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Fauzi Md Isa dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

“Semoga keberkatan Ramadan terus menyinari MCMC dan seluruh warga sekitar serta menjadikan Surau An-Nur sebagai pusat ibadah yang bermanfaat untuk semua,” tulis kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button