
PMKu anjur Projek Prelove Keperluan Sekolah untuk anak-anak Permata Camar
KUANTAN – Seramai lima orang sukarelawan Politeknik METro Kuantan (PMKu) telah menyertai Projek Prelove Keperluan Sekolah yang berlangsung pada 27 Januari hingga 14 Februari lalu.
Dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar, Unit Kesukarelawanan dan Unit Perpustakaan PMKu, projek ini bertujuan mengumpul sumbangan barangan keperluan sekolah untuk pelajar yang memerlukan.
Ketua Jabatan Akademik PMKu, Ts. Wan Muhammad Fitri Wan Zahari berkata, melalui program tersebut, ia memberi peluang kepada staf PMKu untuk menyumbangkan pelbagai keperluan seperti alat tulis, kasut dan beg sekolah.

“Hasil daripada usaha ini, seramai 26 orang anak-anak Permata Camar telah menerima sumbangan yang diserahkan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan di Lobi PMKu pada 28 Februari 2025.
“Diharap agar sumbangan daripada warga PMKu itu dapat membantu anak-anak Permata Camar dalam sesi persekolahan mereka.
“Semoga lebih banyak lagi program sukarelawan dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada anak-anak Permata Camar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Program Diploma Pengurusan Pelancongan, Nurhidayah Hilimi pula berkongsi bahawa projek sukarelawan ini secara tidak langsung menyokong Kluster 5 YES! Politeknik iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang bertujuan memberi impak positif kepada komuniti setempat melalui inisiatif-inisiatif kebajikan.

PMKu turut merakamkan penghargaan kepada pihak Permata Camar khususnya Ustaz Hadzmie Ramli serta semua sukarelawan dan jawatankuasa yang terlibat atas sokongan dan komitmen mereka dalam menjayakan program tersebut.
Dengan semangat kesukarelawan yang tinggi, diharapkan program seperti ini akan terus menjadi platform dalam menyuburkan budaya memberi dan membantu mereka yang memerlukan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |