
PM ingatkan kementerian bersederhana sambut Iftar, utamakan sumbangan
PUTRAJAYA – Semua pihak perlu lebih bersederhana dalam menyambut Iftar bagi menghidupkan roh dan semangat Ramadan yang sedang dirasai ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menegaskan pentingnya untuk melebihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, namun harus mengelakkan pembaziran dalam hal makanan dan minuman.
“Setiap warga, perlu menggunakan kehadiran Ramadan ini dalam mengukuhkan keyakinan ibadah kepada Allah SWT, memupuk integriti, disiplin, dan kejujuran agar kita lebih insaf dalam kegiatan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook milik berliau selepas menyampaikan amanat dalam Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2025 di sini, pagi tadi.
@malaysiatribune
Hadir sama kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Dalam amanat beliau, perdana menteri menekankan bahawa pembaziran, seperti pembelian perkakasan yang mahal, harus dielakkan dan dana yang ada harus digunakan untuk memberi manfaat kepada mereka yang lebih memerlukan.
“Saya juga perhatikan perkakasan seperti kotak-kotak itu agak berlebih nak isi kurma, kalau harga kotak lebih mahal daripada harga kurma jadi itu satu pembaziran.
“Tidak perlu tunjuk kemewahan kerana dana itu boleh digunakan untuk mereka yang lebih memerlukan,” ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |