Berita SemasaSukan

PM Anwar ucap selamat maju jaya buat barisan kepimpinan baharu FAM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya buat barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perdana Menteri berharap, FAM yang diterajui oleh Presiden baharunya, iaitu Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mampu memberi impak besar kepada sukan bola sepak negara.

“Semoga dapat membawa perubahan signifikan kepada sukan bola sepak negara,” kata Perdana Menteri dalam hantaran yang dikongsikan oleh FAM di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohd Joehari hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas perdana menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang juga mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Turut hadir, Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram; tiga Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Datuk Dollah Salleh; Exco FAM, Datuk Zainal Abidin Hassan serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Menurut FAM dalam kenyataan satu kenyataan, menerusi pertemuan itu, Joehari telah berkongsi agenda terkini hala tuju bola sepak negara terutama bagi memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi.

“Selain itu, Joehari turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini,” menurut FAM dalam kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button