
Pegawai bank rugi RM28,112 akibat pinjaman tidak wujud
JEMPOL – Seorang pegawai bank di sini kerugian RM28,112 selepas terpedaya dengan tawaran pinjaman tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 51 tahun itu melihat iklan berkenaan pada 12 Februari lalu sebelum menghubungi seorang individu yang mengaku sebagai ejen pinjaman melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa kemudian bersetuju untuk membuat pinjaman dan diminta membayar RM460 sebagai caj proses.
“Pada 26 Februari, mangsa membuat pembayaran ke dalam satu akaun bank secara dalam talian, diikuti beberapa lagi transaksi sehingga mencecah RM28,112,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM6,000.
Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |