
Lelaki dipercayai amuk, bakar ibu direman tujuh hari
ALOR SETAR – Seorang lelaki yang dipercayai mengamuk dan membakar ibunya di sebuah rumah di Jalan Tok Keling di sini semalam, dikenakan perintah reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman tersebut dikeluarkan dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret, di sini bermula hari ini sehingga 9 Mac.
Difahamkan, suspek, 43, disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental.
Sementara itu, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dia tiada rekod kesalahan lampau.
Laporan media sebelum ini menyebut menggenai penemuan seorang wanita warga emas yang maut dengan kesan terbakar di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, di sini pagi semalam.
Mangsa berusia 68 tahun, dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri dalam satu kejadian amuk.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 7.48 pagi, mengenai kejadian amuk oleh seorang lelaki di kediaman berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |