
Qaseh Rania sertai VFL Wolfsburg, Ogos depan
SHAH ALAM – Pemain muda, Qaseh Rania Khairul Najib,15, bakal menyertai pasukan bola sepak wanita, VFL Wolfsburg yang berpangkalan di Jerman, mulai Ogos depan.
Menurut bapanya, Khairul Najib Ibrahim, anaknya dijangka memeterai kontrak bersama kelab tersebut selama tiga tahun, lapor portal Selangorkini, hari ini
Beliau menambah, urusan visa dan permit membabitkan anaknya itu sudah dimuktamadkan dengan bantuan VFL Wolfsburg Malaysia.
“Persatuan Bola Sepak (FAM) akan membantu latihan Rania sebagai persiapan ke Jerman.
“Pertemuan telah diadakan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob dan Ketua Unit Bola Sepak Wanita, Soleen Al-Zou’bi kelmarin.
“Anak saya juga sedang mempelajari bahasa Jerman di Institusi German-Malaysia (GMI) Bangi untuk membantu kemudahan komunikasi sebelum berkelana ke Eropah, Ogos depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Ahmad Azri Zainal Nor berkata, pihaknya amat berbangga dengan kemampuan pemain remaja tersebut.
“Yayasan MBI menjadi agensi pertama membantu Rania ketika tiada mana-mana pihak memandang bakat beliau ketika itu.
“Sokongan ke atas bakat muda adalah penting bagi memastikan mereka tidak hilang begitu sahaja, kerana kehilangan mereka akan menjadi satu kerugian besar buat negeri dan negara,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |