
PMO lancar Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mula melaksanakan inisiatif Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi iaitu PMO.
Taklimat ini akan disiarkan di akaun Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia, dan disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi hari ini, taklimat disiarkan sekitar pukul 11 pagi tadi dan bermula Isnin, waktu siaran adalah pada pukul 11 pagi dan 5 petang, mengikut keperluan.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, PMO percaya bahawa komunikasi yang jelas, keterbukaan dalam pentadbiran, dan pengukuhan nilai-nilai spiritual adalah elemen penting untuk mewujudkan kepercayaan antara rakyat dan Kerajaan.
“(Sehubungan itu) PMO mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong dan menyertai inisiatif-inisiatif ini, demi kebaikan dan kemajuan negara kita. Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai bulan islah yakni pembaharuan dalam komunikasi, pentadbiran, dan kehidupan,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |