Berita Semasa

KSWP umum dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvesional dan Shariah

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan dividen 2024 sebanyak 6.30 peratus bagi kedua-dua simpanan jenis Konvensional dan Shariah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak RM63.05 bilion; manakala bagi Simpanan Shariah berjumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion.

“Jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.

“Semua ahli boleh menyemak penyata terkini mulai esok (2 Mac) dan masing-masing digalakkan membuat semakan menerusi aplikasi KWSP i-Akuan,” katanya ketika sesi taklimat prestasi kewangan KWSP, di sini hari ini.

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

Jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button