
Kanak-kanak empat tahun cedera parah diserang anjing liar
LANGKAWI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah setelah diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.
“Ketika kejadian, mangsa dilaporkan dikelilingi dan diserang sekumpulan anjing berhampiran rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini untuk rawatan lanjut.
Shariman turut mengesahkan, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian kanak-kanak lelaki diserang anjing sehingga cedera parah.
“Pihak HSM serta ibu mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Terdahulu, kejadian ini turut menjadi tular di media sosial, dengan gambar kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan di kepala disebarkan netizen.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |