Berita SemasaPM X

Kadar dividen KWSP diumumkan hari ini satu prestasi memberangsangkan – PM Anwar

PUTRAJAYA – Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2024 yang mencecah 6.30 peratus boleh disifatkan sebagai satu prestasi yang memberangsangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI sekali gus memanfaatkan rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari.

Hantaran PM Anwar di akaun X miliknya, hari ini.

“Prestasi memberangsangkan KWSP ini dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia yang mekar di tengah tantangan ekonomi global yang penuh dengan pelbagai cabaran.

“Dengan keyakinan yang semakin meningkat dalam ekonomi negara, Insya-Allah kita akan mara dengan penuh iltizam, memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya dalam satu hantaran di platform X miliknya, hari ini.

Terdahulu, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.3 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Pengumuman ini juga mencatat sejarah apabila dividen Simpanan Shariah buat julung kalinya mencapai kadar yang setara dengan Simpanan Konvensional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button