
Remaja Amerika ditahan buang bayi dari tingkat dua hotel di Paris
PARIS – Seorang remaja perempuan warga Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dipercayai membuang bayinya yang baru dilahirkan dari bangunan dua tingkat sebuah hotel di Paris, Perancis, mengakibatkan kematian bayi tersebut.
Menurut laporan CNN, Pejabat Pendakwa Raya Paris berkata, wanita itu dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas bersalin sebelum diletakkan di bawah jagaan polis.
“Bayi yang dipercayai dibuang dari tingkap hotel pada Isnin telah dibawa ke rawatan kecemasan, namun gagal diselamatkan,” menurut kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan lanjut, pihak pendakwa tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang merupakan seorang pelancong itu tidak menyedari kehamilannya.
Dalam kemas kini terbaru kepada CNN pada kelmarin, Pejabat Pendakwa Raya Paris mengesahkan bahawa wanita itu kini ditempatkan dalam penjagaan psikiatri polis bagi siasatan lanjut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |