Berita SemasaLuar Negara

Penduduk Wakal di Maluku Tengah mula berpuasa semalam

JAKARTA – Penduduk Wakal di Maluku Tengah mula berpuasa lebih awal daripada ketetapan kerajaan Indonesia sejak semalam.

Berita Kompas melaporkan, penduduk wilayah itu mula menunaikan solat Terawih secara berjemaah di Masjid Nurul Awal, pada malam kelmarin, sebelum berpuasa keesokan harinya.

Raja Wakal, Ahaja Suneth, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan sistem pengiraan bulan yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat setempat.

“Ini bukan soal enggan mengikut ketetapan negara, kami tetap rakyat Republik Indonesia. Tetapi, pengiraan 1 Ramadan dibuat berdasarkan perubahan bulan, bukan takwim.

“Kami mahukan 30 hari berpuasa kerana bulan Syaaban hanya 29 hari dan Ramadan mestilah genap 30 hari,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kaedah pengiraan mereka, 1 Ramadan jatuh pada Khamis, sekali gus menjadikan Aidilfitri juga lebih awal berbanding ketetapan kerajaan.

Sementara itu, Kementerian Agama Indonesia dijadualkan mengadakan sesi isbat bagi menentukan permulaan Ramadan hari ini.

Dalam pada itu, organisasi Islam terbesar, Muhammadiyah, telah menetapkan 1 Ramadan bermula esok (1 Mac), manakala ahli astronomi dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN), Thomas Djamaluddin, meramalkan Ramadan hanya bermula pada Ahad (2 Mac).

Perkembangan ini menjadikan perbezaan tarikh permulaan puasa antara kerajaan dan Muhammadiyah semakin ketara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button