Luar Negara

Lebih 100,000 pelajar Gaza kembali ke sekolah

GAZA – Lebih 100,000 pelajar kembali ke sekolah di Semenanjung Gaza sejak sesi akademik baharu bermula pada 23 Februari, walaupun kebanyakan institusi pendidikan mengalami kerosakan teruk akibat serangan berterusan oleh Israel.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, sehingga kini, sebanyak 165 sekolah awam telah dibuka semula, membolehkan kebanyakan pelajar kembali ke pembelajaran secara bersemuka buat kali pertama dalam tempoh 16 bulan.

“Namun, cabaran tetap wujud kerana 85 peratus sekolah di Gaza tidak dapat beroperasi berikutan serangan yang menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur pendidikan,” katanya dalam sidang media semalam.

Pejabat Media Gaza dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 12,800 pelajar serta 800 guru dan kakitangan pentadbiran terkorban sejak peperangan bermula pada Oktober 2023.

Selain itu, 1,166 institusi pendidikan dilaporkan musnah dengan kerugian dianggarkan melebihi AS$2 bilion (RM9.5 bilion).

Dalam perkembangan lain, Dujarric turut menyifatkan situasi di Tebing Barat sebagai membimbangkan dengan operasi ketenteraan Israel di Jenin, Tulkarm dan Tubas yang masih berterusan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button