
PM umum RM30 juta untuk MyWakafPTPTN, RM5 juta bagi permodalan wakaf nasional
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan institusi wakaf untuk terus berperanan secara berkesan dalam membantu golongan memerlukan serta memacu ekonomi umat Islam.
Berucap pada Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 hari ini, beliau mengingatkan agar pengurusan dan operasi wakaf di negara ini tidak leka dan lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Sebagai langkah memperkukuh ekosistem wakaf, kerajaan bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta untuk Program MyWakafPTPTN, iaitu dana biasiswa wakaf pendidikan yang akan diurus secara bersama oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurut Perdana Menteri, inisiatif ini merupakan suntikan baharu bagi tahun 2025 yang bertujuan membantu mahasiswa daripada golongan asnaf, M40 dan B40 mendapatkan akses pendidikan yang lebih baik.
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM5 juta sebagai modal awal bagi pembentukan entiti Permodalan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), yang sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Waqaf Nasional Berhad. Entiti ini akan berperanan dalam menguruskan dana wakaf yang lebih besar, khususnya dalam pembangunan kewangan sosial Islam.

“Semoga sistem wakaf negara berjalan dengan efisien dan bersistematik, sekali gus mengukuhkan perpaduan serta ekonomi umat Islam, Insya-Allah,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |