
LTdL 2025: Ketiadaan pendakian ke Genting Highland tidak jejaskan prestij
PUTRAJAYA – Ketiadaan pendakian ke Genting Highlands buat kali kedua berturut-turut pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 sama sekali tidak menjejaskan prestij jelajah berbasikal berstatus ProSeries itu.
Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abd Jalal berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kekangan kelulusan daripada pihak berkuasa serta faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan.
“… terpaksa dibuat, disebabkan isu kelulusan dan faktor lain, kami terpaksa mencari alternatif.
“(Sebagai gantinya) Laluan Bukit Fraser dipilih kerana ia masih menawarkan cabaran besar kepada pelumba,” katanya.
Emir berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Pengenalan Laluan LTdL 2025, di sini hari ini.
Pada tahun ini, perlumbaan akan menyaksikan beberapa perubahan laluan termasuk pendakian ke Bukit Fraser, yang kali terakhir dimasukkan dalam senaraui laluan pada 2008 dan 2015.
Laluan ini akan memberikan cabaran unik dengan pendakian sepanjang 27 kilometer (km) dan ketinggian maksimum 1,221 meter (m).
Sementara itu, beliau turut mengesahkan penyertaan tiga pasukan World Team, tujuh pasukan ProTeam, sebelas pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan pada edisi tahun ini.
Perlumbaan berstatus ProSeries dalam kalendar jelajah dunia ini berlangsung sejauh 1,257.8km membabitkan lapan peringkat bermula dari Langkawi melalui 12 negeri di Semenanjung dan berakhir di Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |