
Glomac serahkan 178 unit Rumah Selangorku Seri Kenanga kepada pemilik
SUNGAI BULOH – Sebanyak 178 unit perumahan mampu milik di bawah skim Rumah Selangorku (RSKu) telah diserahkan oleh Kelana Kualiti Sdn. Bhd. (KKSB), sebuah anak syarikat milik penuh Glomac Berhad kepada pemiliknya, baru-baru ini.
Projek yang dikenali sebagai RSKu Seri Kenanga di Saujana Perdana itu terletak di dalam perbandaran Bandar Saujana Utama.
Pembangunan projek itu merupakan sebahagian daripada komitmen Kumpulan Glomac Berhad kepada Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik di bawah skim RSKu.
“Seri Kenanga menampilkan konsep hibrid rumah bandar bertingkat iaitu dua setengah tingkat yang mempamerkan gabungan konsep moden dan kontemporari.

“Dengan keluasan binaan 1,200 kaki persegi, setiap unit rumah bandar yang bersaiz 24’x 65’ dilengkapi dengan tempat letak kereta, 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dengan harga bermula dari RM250,000 setiap unit,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Glomac Berhad.
Seri Kenanga merupakan kediaman jenis rumah bandar mampu milik RSKu kedua yang dibangunkan oleh KKSB di Saujana Perdana dan sesi penyerahannya berlangsung lebih awal daripada yang dijadualkan.
Pada Jun 2022, terdapat 180 unit rumah bandar mampu milik Seri Kenari telah diserahkan kepada pembelinya.
“Dalam merealisasikan sokongannya yang berterusan kepada dasar perumahan awam Kerajaan Negeri Selangor dan inisiatif negara dalam membina rumah mampu milik kepada penduduk, Glomac Berhad setakat ini telah membina sebanyak 1,549 unit perumahan mampu milik di Bandar Saujana Utama,” kata kenyataan itu lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Glomac dan projek-projek hartanahnya, sila lawati laman web www.glomac.com.my.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |