Berita Semasa

Bekalan kelapa kurang: KPKM import 661,761 biji kelapa tua dengan nilai RM1. 45 juta

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengimport dan mengedarkan sejumlah 661,761 biji kelapa tua, bersamaan 661 metrik tan (MT) dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta bagi memastikan kecukupan bekalan kelapa di pasaran.

Menurutnya dalam satu kenyataan, bekalan itu telah ditempatkan di pusat pengedaran utama seperti Pusat Operasi FAMA Dengkil, Selangor; Pusat Operasi FAMA Senawang, Negeri Sembilan dan Pusat Operasi FAMA Simpang Pulai, Perak.

“Bekalan ini akan disalurkan melalui 42 Pusat Operasi FAMA di seluruh negara dan dipasarkan ke outlet peruncitan FAMA serta pemborong utama bagi memastikan ketersediaan bekalan di pasaran.

“Usaha ini akan diteruskan sehingga bekalan kelapa dalam negara kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara negara yang mengeksport kelapa tua ke Malaysia adalah Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

Ujarnya, bagi langkah jangka panjang, melalui Rancangan Malaysia Ke-12, DOA telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk penanaman semula dan penanaman baharu kelapa, penghasilan pelbagai anak benih kelapa daripada varieti berproduktiviti tinggi seperti kelapa MATAG, Pandan, Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Malayan Red Dwarf (MRD).

“Kawasan tanah yang dikenal pasti dengan kerjasama kerajaan negeri akan digunakan untuk penanaman kelapa bagi meningkatkan pengeluaran domestik termasuk juga dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“LPP telah melaksanakan 43 projek penanaman kelapa yang diusahakan bermula tahun 2016 di seluruh negara dengan keluasan seluas 643.42 hektar berkapasiti 123,426 pokok kelapa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button