Jenayah & Mahkamah

SPRM tahan penolong jurutera universiti awam, disyaki salahguna kuasa

JOHOR BAHRU – Seorang penolong jurutera sebuah universiti awam ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melupuskan sisa binaan bagi sebuah projek menaik taraf hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM500,000.

Difahamkan, suspek lelaki berusia berusia 44 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, kira-kira pukul 7 malam tadi.

Menurut sumber, suspek menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan sistem mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai lebih RM13 juta dengan melupuskan sisa binaan tersebut hingga menyebabkan pihak universiti berkenaan mengalami kerugian dianggarkan RM500,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi permohonan reman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button