Berita Semasa

RUU PSB mula dirangka lebih 10 tahun lalu – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Dakwaan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) satu agenda Kerajaan MADANI adalah tidak berasas kerana ia mula dirangka lebih 10 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata garis panduan mengenainya sudah pun dikemukakan pada 2012, diusulkan pada 2013 dan seterusnya proses penggubalan dimulakan pada 2015.

Jelas beliau, pada 2020 Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa menerajui program pembaharuan ini, terutama rumah mangsa yang berusia lebih 40 tahun.

“Pada 2021, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida (Kamaruddin) memulakan penggubalan RUU PSP dan pada Mac 2022, Datuk Seri Reezal Merican (Naina Merican) meneruskan serta menegaskan prinsip sama.

“Pada September 2022, Yang Berhormat Arau (Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, yang ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan), malah menetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengenal pasti 30 kawasan untuk pembaharuan semula.

“Sejak 2012, sebanyak 74 kali sesi libat urus diadakan, yang mana kita mengambil kira masalah yang dihadapi rakyat.

“Jadi, soal gopoh (dalam membuat cadangan RUU PSB) itu, saya tidak faham mengapa dibangkitkan sekarang,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan asal Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai komitmen kerajaan atas cadangan RUU PSB yang akan memastikan tiada pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan, seperti yang dinyatakan dengan jelas Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button