
Gagal hadir ke mahkamah: Individu muat naik kandungan palsu terhadap Agong, Majlis Raja-Raja ditangkap
KUALA LUMPUR – Seorang individu telah ditangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.
“Tangkapan ke atas suspek pada pukul 11 malam tadi dilaksanakan oleh MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.
“Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.
“Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari inim
Katanya, suspek akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu difahamkan suspek akan didakwa semula di Mahkamah Sesyen Sepang 1 pada pukul 9 pagi ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |