
Gagal hadir ke mahkamah: Individu muat naik kandungan palsu libatkan Agong ditangkap
KUALA LUMPUR – Seorang individu ditangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja.
Kesalahan tersebut dibuat menerusi laman Facebook miliknya.
Melalui satu kenyataan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, tangkapan ke atas suspek pada pukul 10 malam tadi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.
“Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.
“Kini suspek berada dalam tahanan PDRM dan akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.
Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |