
Dua pemuda Malaysia jalan kaki tiba di Madinah
PERJALANAN luar biasa dua orang pemuda dari Malaysia yang pberjalan kaki ke Tanah Suci menarik perhatian ramai apabila mereka selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 23 Februari lalu.
Kini, kedua-dua sahabat berkenaan, Muhammad Farhan Khadid, 34, dan Shamsul Azrin Man, 43, berada di bumi barakah, Madinah Al-Munawwarah
Melalui satu perkongsian di Facebook oleh Wat Kamal Abas, beliau memuatnaik gambar Muhammad Farhan dan Shamsul Azrin di hadapan Masjid Nabawi.

Menurut Wat Kamal, Shamsul Azrin atau dipanggil Sham Utara, mereka berdua bercadang untuk meneruskan perjalanan dari Madinah ke Mekah pula selepas itu.
“Kami sangat bersyukur atas segala sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan kami. Terima kasih kepada insan-insan yang baik hati yang sentiasa memberi dorongan dan semangat sejak dari Bertam hingga ke Hatyai.
“Kami tidak akan lupa jasa mereka. Insya-Allah, kami akan mendoakan kesejahteraan buat semua yang telah membantu kami,” kata Shamsul Azrin.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kedua-dua pemuda itu telah memulakan perjalanan ke Mekah dengan berjalan kaki dari Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas, Pulau Pinang menuju ke Hatyai sebelum ke Bangkok, Thailand pada 3 Februari lalu.
Mereka berdua pernah bertugas sebagai pengiring Mohamad Al Bukhari Ellia, 26, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, yang turut mencatat rekod berjalan kaki ke Mekah sebelum ini.
“Kisah perjalanan mereka telah menarik perhatian ramai, bukan sahaja kerana cabaran fizikal yang ditempuh, tetapi juga kerana semangat ketabahan dan keyakinan mereka dalam menghadapi ujian sepanjang jalan.
“Perjalanan dari Madinah ke Mekah dijangka menjadi satu lagi cabaran besar buat mereka berdua, namun semangat juang mereka tetap tinggi.
“Semoga mereka dikurniakan kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan misi suci ini serta memperoleh umrah yang mabrur,” tulis Wat Kamal.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |