
Murid dilanggar kereta ketika melintas jalan sudah sedarkan diri
PUTRAJAYA – Seorang murid sekolah berusia 8 tahun yang cedera parah dilanggar kereta ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 11(1) di sini Khamis lalu, dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata Khairul Hanafi, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini, sudah sedarkan diri, lapor BERNAMA.
Dalam kemalangan Khamis lalu, Khairul Hanafi dikatakan dirempuh sebuah kenderaan semasa hendak melintas jalan di hadapan sekolahnya.
Akibat kejadian, mangsa terperosok ke bawah kereta berkenaan.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian terpaksa menterbalikkan kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Aidi sebelum ini berkata, murid itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain patah kaki kiri.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |