Sukan

Mohamed Salah: Legenda Liverpool dan rekod luar biasa musim ini

LONDON – Mohamed Salah terus membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas mencatat beberapa rekod luar biasa musim ini.

Kejayaannya bukan sahaja mencuri perhatian peminat bola sepak, malah memperkukuhkan statusnya sebagai ikon Liverpool.

Mo Salah pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan dua gol. – Foto Instagram Liverpool FC

Dengan gol dan bantuan jaringan (assist) yang dicatatkan dalam perlawanan terbaru, Salah kini berada dalam kelas tersendiri.

Dia menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang berjaya mencatat lebih daripada 40 penglibatan gol dalam dua musim yang berbeza.

Mohamed Salah jadi wira Liverpool selepas menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan (assist). – Foto Instagram Liverpool FC.

Kehebatannya turut terserlah di pentas Eropah apabila menjadi pemain pertama dalam lima liga utama yang terlibat secara langsung dalam 50 gol dalam semua pertandingan musim 2024/25.

Selain itu, Salah berjaya menjaringkan gol dan mencipta assist dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, menyamai rekod Lionel Messi bersama Barcelona pada musim 2014/15.

Dia juga memecahkan rekod assist terbanyak oleh pemain Liverpool dalam satu musim Liga Perdana Inggeris dengan 16 bantuan jaringan.

Tambahan lagi, Salah menjadi pemain pertama dalam liga yang menjaringkan gol dan assist dalam kedua-dua perlawanan menentang juara bertahan dalam satu musim.

Kejayaan itu mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pemain paling berpengaruh dalam liga.

Lebih mengagumkan, Salah menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang berjaya mencatatkan lebih daripada 25 gol dan 15 assist dalam satu musim, suatu pencapaian luar biasa yang semakin menonjolkan kebolehannya sebagai pemain serba lengkap.

Ketika pertama kali menyarung jersi Liverpool, ramai yang melabelnya sebagai ‘One Season Wonder’.

Namun, tahun demi tahun, Salah terus membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja pemain hebat, malah layak dianggap sebagai legenda bola sepak dunia.

Dengan prestasi yang terus cemerlang, para penyokong Liverpool semakin yakin bahawa musim ini adalah musim kegemilangan kelab. Dan yang pasti, tahun ini adalah tahun Mohamed Salah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button