Automatif & TeknologiBerita Semasa

Lindungi akaun, elak ancaman siber

DALAM era digital yang semakin berkembang pesat, keselamatan maklumat peribadi perlu menjadi keutamaan setiap individu.

Dengan ancaman siber yang semakin meningkat seperti penggodaman, kecurian data dan serangan phishing, langkah-langkah keselamatan tambahan amat diperlukan.

Melalui satu hantaran di Facebook, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berkongsi langkah terbaik untuk melindungi akaun iaitu dengan mengaktifkan 2 Step Verification.

Pengaktifan 2 Step Verification mampu melindungi akses terhadap akaun kewangan pengguna oleh serangan penggodam.

Menurut MKN, 2 Step Verification atau Two-Factor Authentication (2FA) ialah satu mekanisme keselamatan yang memerlukan dua bentuk pengesahan sebelum seseorang boleh mengakses akaun mereka.

Selain kata laluan biasa, pengguna perlu memasukkan kod pengesahan yang dihantar melalui SMS, e-mel, aplikasi pengesahan atau menggunakan kunci keselamatan fizikal.

Melalui pengaktifan 2FA, ia berupaya menghalang akses tidak sah kerana walaupun kata laluan telah digodam, mereka masih memerlukan faktor kedua untuk mengakses akaun anda.

Selain itu, ia juga dapat melindungi maklumat peribadi seperti nombor telefon, e-mel dan transaksi kewangan menjadikan ia lebih selamat dengan lapisan perlindungan tambahan.

Tidak ketinggalan, serangan siber seperti phishing dan brute force attack akan menjadi lebih sukar untuk berjaya apabila 2FA diaktifkan.

Apa yang penting, ia boleh meningkatkan keselamatan akaun kewangan termasuk perbankan dalam talian, e-wallet dan platform e-dagang yang menjadi lebih terlindung daripada akses tidak sah.

Untuk mengaktifkan 2FA, pengguna boleh masuk ke bahagian keselamatan akaun di mana-mana platform.

Kemudian, pilih SMS, e-mel atau aplikasi pengesahan seperti Google Auhenticator atau Microsoft Aunthenticator. Ikut arahan dan aktifkan 2FA.

MKN juga mengingatkan masyarakat bahawa ancaman siber boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk individu, syarikat dan juga institusi kerajaan.

Justeru, dengan mengaktifkan 2 Step Verification, anda bukan sahaja melindungi akaun anda tetapi juga menyumbang kepada keselamatan siber negara secara keseluruhan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button