
KPN terima kunjungan hormat delegasi China
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Republik Rakyat China yang diketuai oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam dan Pesuruhjaya Pentadbiran Imigresen Kebangsaan, H.E. Xu Ganlu, di pejabatnya di Bukit Aman, hari ini.
Pertemuan itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Keselamatan Awam China dalam menangani isu jenayah yang melibatkan kedua-dua negara serta rantau Asia Tenggara.
Perbincangan merangkumi usaha bersama dalam membanteras jenayah transnasional, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
Menurut kenyataan PDRM, hubungan erat antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh menerusi pertukaran maklumat risikan, latihan keselamatan serta operasi bersama bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kedua-dua negara.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Ibrahim Darus; Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Hairuddin Che Hamid serta ACP Perhubungan Antarabangsa, Loh Pey Pey.
Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan diplomasi keselamatan demi kesejahteraan bersama.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |