Berita SemasaPM X

Kerajaan wujudkan bantuan khusus pulihkan institusi pendidikan, kesihatan Baitul Maqdis

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan bantuan khusus untuk membantu pemulihan institusi pendidikan dan kesihatan di Baitul Maqdis, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bantuan tersebut adalah bagi menyokong pembangunan Universiti Al-Quds, sekolah-sekolah dan hospital di Baitul Maqdis.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Agama selain daripada bantuan khusus untuk pemulihan Gaza, kita juga akan buatkan satu bantuan khusus untuk wakaf bagi Universiti Al-Quds, sekolah-sekolah dan hospital di Baitul Maqdis

“Saya harap dengan usaha ini kita dapat tingkatkan dalam merningkan beban mereka kerana masih ada sebuah universiti tetapi perlukan bantuan umat dan pihak kerajaan akan terus berikan ruang dan bantuan supaya universiti itu terus dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ilmu Madani yang turut dihadiri oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Naim Mokhtar.

Terdahulu, Sheikh Dr. Ekrima mengimamkan solat maghrib dan isyak di Masjid Putra, Putrajaya.

@malaysiatribune

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri bersetuju untuk menunaikan solat maghrib dan isyak sempena Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra Putrajaya hari ini. #malaysiatribune #pmx #anwaribrahim #madani #putrajaya

♬ The Chosen One – Maher Zain

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau juga telah meminta agar satu perbincangan diadakan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk mempereratkan hubungan dengan universiti tempatan.

“Saya juga telah minta mereka bincang dengan menteri pendidikan tinggi dan universiti-universiti tempatan untuk merapatkan hubungan dan kegiatan universiti tersebut,” katanya.

Sementara itu, Anwar menyifatkan kehadiran Sheikh Dr Ekrima ke Malaysia sebagai seorang alim, masyhur dan juga imam serta khatib yang menjadi pertahanan Masjid Al-Aqsa di bumi bertuah Baitul Maqdis.

“Beliau mewakili satu kawasan yang mempunyai sejarah gemilang. Sejarah Isra’ Mikraj, sejarah Salahuddin Al-Ayyub Al-Khattab. Ia juga sejarah yang gelap dalam dunia kerana pencerobohan, kezaliman, penjahat oleh Zionis Israel,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia kekal dengan pendirian untuk terus memperjuangkan Palestin dan rakyatnya, termasuk hak Al-Aqsa dan Baitulmaqdis

Justeru, beliau berkata, rakyat di negara ini perlu bersatu dalam meneruskan agenda ini dengan tekad dan tanggungjawab, sekali gus membantu meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button