
DBKL sita tujuh penjaja pasar pagi tanpa lesen
KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh tindakan sita dan tiga notis tawaran kompaun dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Pasar Pagi Taman OUG, Seputeh, di sini kelmarin.
DBKL dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan tindakan khas ke atas penjaja di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“Barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.
Sementara itu, DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.
“Orang ramai boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera sekiranya terdapat sebarang aduan,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |