Berita SemasaPM X

PM beri sumbangan keluarga murid dilanggar di SK Putrajaya Presint 11

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap nasib kanak-kanak yang mengalami retak kepala akibat kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Presint 11(1), Putrajaya, minggu lalu.

Beliau berkata, sumbangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung ahli keluarga mangsa, Khairul Hanafi Khairul Anuar diwakilkan kepada Setiausaha Politiknya, Kamil Munim yang mengadakan kunjungan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Kamil Munim yang menziarahi ahli keluarga kanak-kanak mangsa kemalangan, Khairul Hanafi, di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

“Saudara Kamil telah menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada keluarga mangsa.

“Saya mendoakan agar adik Khairul Hanafi segera diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di Facebooknya.

Adik Khairul Hanafi cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Presint 11(1), Putrajaya minggu lalu dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Dalam kejadian itu, orang ramai terpaksa menterbalikkan kereta jenis Perodua Alza yang melanggar kanak-kanak yang melintas jalan menyebabkannya terperosok di bawah kenderaan tersebut.

Kemalangan menyebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah kaki.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button