Berita SemasaSukan

Bivol rampas gelaran juara tinju light heavyweight dunia daripada Artur, perlawanan ketiga dijangka menyusul

ARAB SAUDI – Dmitry Bivol akhirnya berjaya membalas dendam ke atas Artur Beterbiev selepas berjaya menewaskan juara tinju kategori Light Heavyweight dalam perlawanan ulangan (rematch) di Kingdom Arena, Arab Saudi, awal pagi tadi.

Bivol yang tewas pada perlawanan pertama Oktober tahun lalu, menampilkan aksi yang cukup bertenaga sepanjang 12 pusingan, sekali gus mencalarkan rekod tidak pernah kalah Artur dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

Menerusi keputusan sebulat suara, dua juri menyebelahi Bivol dengan keputusan 115-113, 116-112, manakala seorang lagi juri memberi markah 114-114, sekali gus menyaksikan Bivol merampas tali pinggang WBC, WBO, IBF dan WBA daripada Artur.

Walau bagaimanapun, Artur yang kini berusia 40 tahun menyatakan bahawa sebagai seorang muslim, dia sentiasa bersyukur dan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Bivol atas kemenangannya hari ini.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai keputusan ini tapi sebagai seorang muslim, alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada Bivol,” kata Artur sambil menambah bahawa dia bersedia untuk perlawanan ketiga.

Sementara itu, Bivol, 34, yang turut ditemui selepas perlawanan menyatakan bahawa dia bersedia dengan sebarang sebarang, namun ingin berehat bagi menunggu kecederaannya pulih terlebih dahulu.

“Saya telah lalui banyak cabaran untuk sampai ke tahap ini dan saya terbuka untuk sebarang cabarang tapi saya memerlukan rehat terlebih dahulu untuk menunggu kecederaan saya pulih,” ujarnya.

Dengan kemenangan ini, Bivol melebarkan karier profesionalnya dengan rekod 24-1, manakala Artur dengan rekod 21-1.

Sebagai rekod, pertarungan tersebut merupakan kali kedua perlawanan membabitkan empat gelaran dunia diadakan bagi kategori light heavyweight.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button