
Ismail Sabri stabil, masih dalam pemantauan doktor
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan dalam keadaan stabil selepas pengsan di rumahnya akibat tekanan darah tinggi sekitar jam 2.30 pagi tadi.
Setiausaha Akhbar beliau, Azran Fitri berkata, keadaan Ismail Sabri telah beransur pulih dan beliau kini sedar sepenuhnya.
“Alhamdulillah, keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya.
“Bagaimanapun, beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor di sebuah hospital di Damansara,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut berkata, doktor menasihatkan agar Ismail Sabri tidak menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya benar-benar pulih.
“Hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan menziarahi beliau,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Azran turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri itu dan berharap beliau segera sembuh.
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |