
Ismail Sabri dikejarkan ke hospital, selepas pengsan dan tidak sedarkan diri
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke hospital selepas pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi.
Menurut mesej yang dihantar kepada ketua-ketua bahagian UMNO, beliau telah dikejarkan ke Hospital Sunway Medical Centre Kota Damansara pada jam 2.30 pagi tadi.
“Dengan perasan sedih saya ingin berikan makluman semua rakan rakan seperjuangan. YB DSIS telah dikejarkan ke Hospital Sunway Medical Centre Kota Damansara pd jam 2.30 pagi tadi.
“Datuk Seri pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Saya mohon doa semua agar YB DSIS diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insyallah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada beliau, Azran Fitri Rahim mengesahkan berita tersebut.
Bagaimanapun katanya, beliau masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan Perdana Menteri Kesembilan itu.
“Mohon doakan yang terbaik untuk datuk seri,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |