Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Dua anggota penguatkuasa disyaki terima rasuah tutup kes dadah direman SPRM

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman dua anggota penguat kuasa negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan membabitkan kesalahan dadah.

Perintah reman selama lima hari terhadap kedua-dua suspek lelaki yang berusia 30-an dikeluarkan Majistret Syahirah Abdul Salim, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut sumber, suspek pertama direman bermula semalam manakala suspek kedua ditahan reman bermula hari ini sehingga 26 Februari 2025.

Katanya, suspek pertama ditahan pada Khamis dan suspek kedua ditahan pagi tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat dan melakukan perbuatan tersebut pada Januari dan Februari tahun ini.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM3,000 dan telah menerima ‘pendahuluan’ kira-kira RM1,800 pada Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button