Berita SemasaDalam Negeri

Aplikasi pembelajaran bahasa popular didakwa selit unsur LGBT

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial, Shahrul Zaman Lukman mencetuskan perbincangan hangat selepas mendakwa aplikasi pembelajaran bahasa popular, Duolingo memasukkan elemen yang dikaitkan dengan agenda LGBT dalam kandungannya.

Dalam satu hantaran Facebook yang tular hari ini, Shahrul Zaman berkongsi pengalaman anaknya yang menggunakan aplikasi itu untuk mempelajari bahasa Arab dan Inggeris.

Namun, beliau terkejut apabila mendapati elemen tersebut muncul di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.

“Tapi kalau ada agenda dan doktrin halus begini, saya kira carilah apps lain yang lebih selamat,” tulisnya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa anak-anak yang naif boleh terpengaruh dengan normalisasi unsur yang bertentangan dengan fitrah manusia.

Susulan itu, beliau menggesa ibu bapa untuk lebih berhati-hati dalam memilih platform pembelajaran untuk anak-anak mereka.

Hantaran tersebut mendapat reaksi meluas daripada netizen dengan ramai yang berkongsi kebimbangan yang sama.

Ada yang mencadangkan alternatif lain yang lebih selamat, manakala sebahagian lagi menyeru pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran nilai yang dianggap bercanggah dengan budaya tempatan.

“Menyusup dalam apa-apa saja, selepas membudaya. Moga Allah lindungi semua anak kita. Zaman yang mencabar,” komen Najibah A. Bakar.

“Astaghfirullah. Halus betul. Perlahan-lahan dia cucuk pemikiran anak-anak,” tulis Shimah Basri pula.

Setakat ini, pihak Duolingo belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button