
Penjaja jagung letak papan tanda hina kaum India didenda RM400
SEPANG – Penjaja jagung yang memaparkan papan tanda menghina kaum India didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki berusia 64 tahun itu dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan berkenaan, lapor Sinar Online.
Dia didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta pertuduhan pilihan bawah Seksyen 268 kanun yang sama.
Menerusi kenyataan media, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, kes tersebut tular selepas pihaknya menerima rakaman video yang menunjukkan seorang peniaga jagung di Kota Warisan meletakkan notis menghina kaum India pada 16 Februari lalu.
Beliau berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Susulan laporan tersebut, seorang lelaki yang merupakan penjual jagung bersama isterinya yang berusia 52 tahun, seorang warganegara Indonesia, ditahan di Jalan Labohan Dagang-Nilai, di sini pada Isnin lalu.
“Isterinya dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dihukum penjara selama tiga bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Shan Gopal menasihati orang ramai agar menjaga hubungan antara kaum dan mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama serta perkauman
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |