Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kes kanak-kanak Autistik lebam pada badan, polis tidak temui bukti dari rakaman CCTV

SHAH ALAM – Semakan kamera litar tertutup (CCTV) tidak menemukan sebarang petunjuk kejadian dera atau jenayah melibatkan seorang kanak-kanak Austistik di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) dekat Seksyen 7 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati tidak berlaku penderaan seperti yang didakwa berlaku ke atas mangsa.

Justeru katanya, kes berkenaan diklasifikasikan dahulu sebagai “No Further Action’ (NFA) memandangkan tiada keterangan yang kukuh untuk kes itu diteruskan.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pihak Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang berkeputusan ‘No Futher Action’ (NFA).

“Sekiranya terdapat bukti lain yang dikemukakan mana-mana saksi, siasatan boleh diteruskan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki dipercayai bapa mangsa berkongsi kesan lebam pada badan anak lelakinya yang didakwa kesan dera berdasarkan laporan perubatan hospital.

Dalam hantaran di Facebook itu juga, bapa mangsa menyatakan kekecewaannya apabila kes berkenaan diklasifikasikan sebagai NFA.

Mohd Iqbal berkata, mangsa yang mempunyai ‘mild Austism’ dan masalah sukar berkomunikasi itu sudah
dihantar ke taska berkenaan sejak 2022 dan tidak pernah mengalami kejadian seperti itu.

“Pengadu memaklumkan mangsa menjadi kurang aktif dan kurang berinteraksi semasa diambil dari taska pada hari kesan dera itu dikesan iaitu 15 Januari lalu ketika memandikan mangsa,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, mangsa sudah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Shah Alam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button