Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Cubaan 29 PATI Myanmar ceroboh sempadan gagal

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyusup masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand gagal selepas tindakan mereka dikesan pihak berkuasa.

Dalam operasi kira-kira pukul 6.15 petang itu, sepasukan anggota Markas 2 Divisyen menahan kesemua PATI, termasuk 14 wanita dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun di kawasan hutan berhampiran sempadan.

Menurut kenyataan Markas 2 Divisyen, pasukan operasi yang menjalankan rondaan mendapati kumpulan itu dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua warga Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Selain tangkapan, pasukan operasi turut merampas wang tunai, 19 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba dan barang perhiasan diri dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM19,837,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua PATI yang ditahan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button