
Program XCare sokong peningkatan inovasi, ekosistem industri penjagaan di Selangor
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan program Selangor Care Accelerator 2025 (XCare).
Menurut EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari, program ini dianjurkan selaras dengan Teras 4 Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2030 iaitu Pelaburan dan Kerjasama.

“Program ini merupakan bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyokong peningkatan inovasi, pertumbuhan perniagaan dan ekosistem industri penjagaan yang mampan.
“Sebanyak 30 perniagaan yang disenarai pendek akan menjalani bengkel intensif merangkumi 13 modul berkaitan perniagaan penjagaan serta kemahiran pitching yang akan membantu membina daya tarik dan daya tahan perniagaan,” kata Anfaal dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain itu, katanya, para peserta juga akan disokong menerusi sesi mentoring dengan tokoh industri yang berpengalaman, serta akan dilibatkan dalam lawatan ke industri penjagaan tempatan.
“Kemuncak kepada program XCare ialah pertandingan pitching yang akan menampilkan kesemua peserta berentap di peringkat semi final.
“Selanjutnya para peserta akan melalui saringan dan 10 perniagaan yang terpilih akan layak ke peringkat final,” katanya lagi.
Di peringkat final, lima perniagaan akan dinobatkan sebagai ‘Top 5’ dan bakal menerima ganjaran berbentuk lawatan industri ke luar negara, jaringan dengan pemain industri dan pelabur, padanan perkhidmatan dan infrastruktur negeri dan Persekutuan serta trofi dan sijil penyertaan.
Pendaftaran bagi XCare dibuka mulai hari ini hingga 10 Mac depan.
Syarikat dan orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang xcare.selcare.com atau berhubung dengan penganjur menerusi emel xcare.selangor@gmail.com
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment