Berita Semasa

Pelajar Tingkatan 1 maut dirempuh lori

PONTIAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian pada kira-kira jam 7.20 petang itu berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja turun dari sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan sebelum cuba melintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, mangsa, Nur Myesha Aleena Abdullah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Nur Myesha merupakan pelajar baharu tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Kenyataan media polis

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik IPD Pontian atau pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button